KAEDAH PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara online melalui laman web http://www.feldaglobal.com/
  2. Permohonan secara online ini dibuka sehingga 7 April 2013.
  3. Setiap pemohon mestilah mempunyai emel peribadi masing-masing.
  4. Permohonan perlu dibuat secara online sepenuhnya dengan klik menu PERMOHONAN BIASISWA di bahagian kiri, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi dan dihantar perlu dicetak dan ditandatangani serta dibawa bersama semasa menghadiri sesi temuduga
  6. Pemohon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa dokumen asal serta salinan dokumen yang telah disahkan iaitu kad pengenalan, slip SPM 2012, sijil-sijil akademik, sijil-sijil ko-kurikulum, sijil kelahiran, kad pengenalan ibu dan bapa, borang EA atau slip gaji ibu dan bapa serta sekeping gambar berukuran pasport.
  7. Hanya pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.
  8. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui emel.